Welcome to Bridgex !

BRIDGEX Sdn Bhd telah ditubuhkan sejak tahun 1997 sebagai kontraktor pakar prestressing, khusus dalam kerja-kerja prestressing dan casting of post and pre-tensioned precast beams.

Selaras dengan perkembangan syarikat, ia telah dinaik taraf untuk membina keseluruhan jambatan dan merangkumi pelbagai aspek, dari asas pembinaan hingga ke dek jambatan. Dengan hasil gabungan kejuruteraan yang kukuh dan latar belakang pakar, syarikat kami kini mampu memberi perkhidmatan 'reka dan bina' iaitu dari merekebentuk sehingga pembinaan mana-mana struktur jambatan.

Skop utama syarikat kami merangkumi aspek-aspek berikut:-

 Kejuruteraan awam dan struktur jambatan

  • Kerja-kerja prestressing
  • Casting dan launching untuk Segmental Box Girder (SBG)
  • Kerja-kerja Khas pembaikan jambatan

Kini, kami merupakan syarikat kontraktor majoriti dimiliki oleh Bumiputera dan pengiktirafan taraf Bumiputera telah di dalam proses pendaftaran diluluskan olek Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU).

Syarikat kami telah diperakui dengan piawaian antarabangsa yang berikut :

  • ISO 9001 : 2008
  • BS EN ISO 9001 : 2008